MASA-MASA KU DISINI....

Daisypath Anniversary tickers

Thursday, June 23, 2011

apa tu saka???????

Gangguan saka ialah gangguan jin yang datang dari asalnya dibela oleh keturunan keluarga pesakit. Saka bererti bahawa salah seorang daripada keturunan teratas pesakit seperti datuk, nenek, moyang, ibu atau bapa yang mempunyai atau mempelajari ilmu-ilmu yang melibatkan jin-jin atau bantuan-bantuan jin.

Jin-jin ini akan berpindah kepada keturunan yang berikutnya apabila waris yang asal meninggal dunia. Ini berlaku apabila waris yang mati itu tidak sempat membuang ilmu yang diamalkan atau tidak membebaskan jin-jin yang mendampinginya sebelum waris itu meninggal dunia.

Kadang kala waris itu sengaja hendak memberi atau menghadiahkan ilmu atau jin itu kepada anak-anak atau cucu-cucit yang dia telah memilih sebelum dia meninggal dunia. Apabila ini berlaku, waris itu berupaya melakukan sesuatu yang pernah dilakukan oleh orang yang menurunkan saka tadi yang pada kebiasaannya melibatkan usaha rawatan, biarpun tanpa proses pembelanjaran

Salah satu dari ciri-ciri yang ada pada makhluk jin ini ialah kesetiaan pada tuan yang mempunyainya. Sekiranya tuan empunya jin itu tidak membebaskan jin-jin didalam kekuasaan dia, jin-jin tersebut akan sentiasa berkhidmat kepada tuan empunya hinggalah tuannya itu meninggal dunia, dan jin-jin ini kemudian akan berdamping dengan anak-anak atau cucu-cicit tuannya itu.

Ada dua jenis gangguan saka ia itu gangguan dari jin-jin dan keduanya dari ilmu-ilmu batin yang ditinggalkan oleh waris-waris pesakit.

Kadang kalanya pesakit tidak mengetahui yang dirinya didampingi oleh jin-jin saka ini. Sintom gangguan saka adalah serupa dengan sintom gangguan jin. Ia kadang-kadang berbeza di antara pesakit-pesakit.

Simtom yang selalu dirasa oleh pesakit adalah:
1. Sakit anggota badan - bahagian pinggang dan tulang belakang, tengkuk dan leher, kepala, rahim dan sebagainya.
2. Gangguan emosi dan perasaan.
3. Gangguan pemikiran dan minda.
4. Gangguan tidur.
5. Sesak nafas dan mengah.
6. Letih badan dan tidak bermaya. Bahagian pinggang kebawah hingga ke kaki berasa lemah dan kadang kala berasa kebas.
7. Nafsu selalu terangsang atau lemah tenaga batin.

No comments:

Orkut Scraps - Friends